Kumpulan ini juga tampil di Festival Glastonbury pada Jun 2004. Selepas festival itu, Muse menggambarkan konsert ini sebagai “konsert terbaik dalam hidup kami”. Namun, bapa Dominic Howard, William Howard, yang berada di festival untuk menonton persembahan kumpulah, meninggal dunia akibat serangan jantung setelah kumpulan itu tampil membuat persembahan. Single “Butterflies & Hurricanes” didedikasikan untuk baoa Howard. Muse kemudian meneruskan jelajah mereka. Mereka memenangi dua Anugerah MTV Eropah, termasuk “Best Alternative Act” dan Q Award untuk “Best Live Act”. Muse juga menerima anugerah sebagai “Best Live Act” di Anugerah BRIT 2005. Muse kehilangan dua kali untuk anugerah Best British Band dari NME, pada tahun 2004 dan 2005. Pada Julai 2005, Muse mengambil bahagian dalam konsert Live 8 di Paris.
Kumpulan ini juga tampil di Festival Glastonbury pada Jun 2004
Written by
in