Sheila On 7 sejak mula di persada muzik Indonesia telah melakar banyak pencapaian termasuk menjadi satu-satunya band Indonesia yang mampu menjual album fizikal lebih sejuta salinan, tiga album berturut-turut. Menerusi kejayaan album sulung Sheila On 7 (1999), diikuti dua lagi album yang meledak di pasaran, Kisah Klasik Untuk Masa Depan ( 2001 ) dan 07 Des (2002). Pada tahun 2003, mereka mengeluarkan runut bunyi filem pertama mereka Ost. 30 Hari Mencari Cinta yang berjaya terjual lebih 600,000 naskhah dan diikuti dengan album studio keempat mereka Pejantan Tangguh pada tahun 2004, walaupun tidak berjaya seperti tiga album pertama yang jualannya mencecah jutaan, album ini mampu menjual lebih daripada 450,000 salinan. Kerana kejayaan itu, mereka juga mempunyai pendengar setia di negara jiran seperti Malaysia, Singapura dan Brunei.
Sheila On 7 sejak mula di persada muzik Indonesia telah melakar
Written by
in