Lima ribu salinan disediakan untuk dijual kepada orang awam pada Oktober dan single “Bigger Stronger” (Lebih Besar Lebih Kuat) menerima tayangan ke udara di BBC Radio 1 . Sesi-sesi rakaman untuk The Blue Room dalam keadaan kacau-bilau. Champion telah dipecat daripada kumpulan, tetapi Martin kemudiannya merayu kepada beliau untuk kembali setelah menghalaunya keluar, dan sebab rasa bersalah, mereka pergi minum secara lewah. Akhirnya, kugiran itu menyelesaikan perbezaan mereka dan menetapkan peraturan supaya kumpulan itu tidak terjejas. Mendapat ilham daripada kugiran seperti U2 dan R.E.M. , Coldplay memutuskan bahawa mereka akan berfungsi sebagai satu demokrasi. Tambahan lagi, kugiran itu memutuskan untuk memecat sesiapa sahaja yang mengambil dadah berbahaya.
disediakan untuk dijual kepada orang awam
Written by
in