Biarpun EP ke-2 mereka amat berjaya, banyak syarikat rakaman England

Written by

in

Biarpun EP ke-2 mereka amat berjaya, banyak syarikat rakaman England tetap enggan menyokong Muse, dan banyak orang dalam industri muzik menganggap muzik Muse terlalu mirip dengan Radiohead sebagaimana kugiran baru UK lain pada masa itu. Namun, syarikat Maverick Records dari A.S. mempromosikan Muse untuk beraksi beberapa kali di Amerika Syarikat hingga akhirnya mengambil mereka sebagai artis rakaman berkontrak pada 24 Disember 1998. Sekembalinya dari Amerika, Taste Media mendapatkan kontrak untuk Muse di syarikat-syarikat rakaman di Eropah dan Australia . John Leckie, yang menjadi penerbit album untuk Radiohead, Stone Roses , “Weird Al” Yankovic dan The Verve , menjadi penerbit untuk album pertama Muse, Showbiz .