Linkin Park ditubuhkan dengan nama asal Xero oleh Mike Shinoda

Written by

in

Linkin Park ditubuhkan dengan nama asal Xero oleh Mike Shinoda (penyanyi rap), Brad Delson (pemain gitar) dan Rob Bourdon (pemain dram) pada tahun 1995 sebaik sahaja tamat persekolahan mereka di Sekolah Tinggi Agoura Hills. Mereka bermain muzik bersama-sama semasa mereka meneruskan pengajian tinggi. Mike menuntut di Art Center College of Design dan bertemu dengan Joseph Hahn (DJ). Sementara itu pula, Brad menuntut di University of California, Los Angeles dan bertemu dengan Phoenix (bass) yang pernah menganggotai Kugiran The Snax. Kedua-duanya kemudian menganggotai Kugiran Xero. Turut menganggotai mereka ialah Mark Wakefield (vokalis asal, kemudian digantikan oleh Chester), tetapi dia keluar dari Kugiran untuk menjadi pengurus kepada Kugiran Taproot.