Selepas selesai peperiksaan akhir mereka, Coldplay menandatangani kontrak lima album dengan Parlophone pada awal 1999. Selepas membuat penampilan sulung di Glastonbury , kugiran itu pergi ke studio untuk merakamkan EP kedua berjudul The Blue Room .
Pada Disember tahun itu, Coldplay menandatangani dengan syarikat bebas Fierce Panda .
Pada 1998, Coldplay melancarkan 500 salinan untuk EP Safety . Kebanyakan salinan diberikan kepada syarikat-syarikat rakaman dan rakan-rakan; hanya 50 salinan yang tinggal untuk dijual.
Pada tahun itu juga, Martin telah berjumpa dengan pelajar jurusan klasik Tim Rice-Oxley , di mana semasa hujung minggu di kampung Virginia Water , Surrey, mereka bertanya sesama sendiri untuk memainkan lagu mereka dengan menggunakan piano. Martin mendapati bahawa Rice-Oxley cukup berbakat dan bertanya kepadanya untuk menjadi pemain papan nada…
Read More
Pada 1997, kumpulan tersebut dinamakan semula sebagai Starfish, membuat persembahan untuk promoter Camden tempatan di kelab-kelab kecil. Martin juga telah mengambil rakan sekolahnya Phil Harvey , yang melanjutkan pelajaran dalam bidang klasik di Universiti Oxford untuk menjadi pengurus kugiran. Coldplay telah menerima dan menganggap Harvey sebagai ahli kelima kumpulan itu.…
Read More
Chris Martin dan Jonny Buckland bertemu buat pertama kalinya semasa minggu orientasi di Kolej Universiti London (UCL) pada September 1996. Mereka meluangkan masa mereka di universiti dengan merancang untuk membentuk sebuah kugiran, dan akhirnya Pectoralz terbentuk. Guy Berryman , rakan sekelas Martin dan Buckland kemudiannya menyertai kugiran itu.